Jumaat, 30 Disember 2011

ohooookkkkkk.....(batuk ler)



kooookkkokok....bunyi batuk aku dh mcm ayam berkokok je....hmmm skang ni musim demam kot...mula2 anak aku demam pastu aku plak...pastu skang dua2 dlm proses baikpulih(mcm mesin plak....

nak update blog pn x selesa....keje banyak,tekak sakit badan jap panas jap sejuk....nasib2....Tapi semalam x sihat2 pn teringin gak nak melantak Mcd...K,LA NEXT ENTRY aku masukkkan cite or tips utk baby ek....bye
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Khamis, 22 Disember 2011

hmmm cepatnyeeee



Hari ni hari jumaat.....so korang pun tahu hari jumaat ni antara hari2 yang mulia..hari yang baik...so mari mendekatkan diri dengan PENCIPTA kita iaitu ALLAH S.W.T....banyakkan berselawat ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W dan banyakkan berzikir...

ok,hari ini aku nak share pasal pendidikan anak bermula dari dalam perut lagi....wahai para ibu yang bekerja or surirumah marilah kita luangkan masa untuk mengajar anak2 kita mengenal huruf jawi dan rumi(A,B,C la)penting tau sebab akang ni ramai anak2 kita masih tidak tahu membaca....so korang tak nak jadi macam tu kan....so luangkan masa tuk mereka ek....orang tua2 kata 'MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA'....kata2 ni juga ditujukan pada diri aku gak...aku mula mengajar naqib dari umur 6 bulan....skang dia masih lum bleh bercakap....tapi dia kenal huruf2 dan akan mula meneliti bila aku belikan baju ,seluar or kasut yang ada tulisan A,B,C hehehehhe...Alhamdulillah....1 permulaan yang baik...moga dipermudahkan oleh ALLAH untuk dia menghafaz surah dan membaca tulisan rumi/jawi....INSYAALLAH


APA PENDAPAT KORANG......
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Seramnyeee.....



Salam semua....aku mintak maaf sbb dah lama tak update blog....baru2 ni aku cuti...balik terengganu(kampung encik suami).....maklumlah musim cuti sekolah ni kan musim orang kahwin....so bz la sikit...

Entry kali ni aku nak share pasal GANGGUAN JIN & SYAITAN pada baby...tips ni aku dapat dari rakan bloger aku...so selamat mencuba




Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan :



Adakah matanya melilau melihat sekeliling
Menangis yang tiada air mata,
Menangis seolah seperti di cubit,
Menangis dalam keadaan takut,
Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
Tidur di selang seli dengan tangisan
Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari



Jika kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis bermakna PASTI ada gangguan.



Jika kita bertanya orang yang 'berpengalaman dulu-dulu' mereka akan menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baik-baik. Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita.





Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?

Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.







ada sape2 pernah alami? cer cite.....
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Rabu, 7 Disember 2011

HOOORAY.......HOOORAYYYY



Salam semua,aku de 2 berita baik...

PERTAMA : BLOG AKU DAH MASUK DALAM BLOG BLOGGER LAIN nak tengok klik sini.... tu pun sebab aku ni followers yg ke 100....heheheh...pastu sakang dah orang komen2 dah blog aku...mcm kizz,hamzah ian,rashid,ungu violet dan dino...best...best sngt

KEDUA : MUHAMMAD NAQIB(anak aku la)dah mula tunjukkan minat pada huruf abjad yang aku ajar setiap hari...pendek kata dia dah mula minat ar...mudahan2 harapan aku nak dia pandai membaca,mengira dan menghafaz al-quran akan tercapai......INSYA ALLAH...chaiyok...chaiyokkk
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Isnin, 5 Disember 2011

Makanan Tidak berkhasiat



Wahai semua para ibu...makanan segera tu tidak baik untuk kesihatan anak2 kita....eeee aku geram sangat kt pengasuh aku tu...naqib baru 8 buln dia dh sumbat mknan2 segera...argggggggghhhhh...aku bayar dia on time tiap2 bulan so take care la my son elok2...ni tak biar je anak2 dia sumbat anak aku mknn mcm2....Ya Allah aku berserah padamu....aku mohon agar peliharalah anakku sepanjang masa....KAU MAHA MENGETAHUI SEGALANYA YA ALLAH...kalau aku ni kaya...dah lama aku duk umah jaga anak...tapi nak wat cmana kan.....So para ibu2 n pengasuh tolonglah jaga pemakanan dan kesihatan anak dan bayi dibawah jagaan korang!


Ibu yang sedih.......


Bermanfaat tak? cer komen.=)

Ahad, 4 Disember 2011

naqib dah besar



salam semua,naqib skang dah hampir 8 bulan,alhamdulillah aku brsyukur sangat dapat menjaganya dengan baik sejak dia dilahirkan....skang masa untuk aku ajar dia kenal huruf,angka dan segalanya mengenai dunia&akhirat dgn lebh giat lagi....chaiyok...chaiyok...aku nak dia pandai membaca,mengira dan yg paling penting menghafaz surah dalam al-quran....
Dari dalam perut lagi aku dah buat,aku harap percubaan ni akan berjaya dgn izin ALLAH...

Target aku,aku nak dia mula membaca umur 2 tahun.....INSYAALLAH.........AMIN....
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Selasa, 29 November 2011



SIAPA KATA JADI PEREMPUAN TU SENANG?????????????

Sayangnya Allah Pada Perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Isnin, 28 November 2011



Salam maal hijrah tuk semua muslimin n muslimat....cantik x blog baru aku...hehehehe adik aku yg wat...aku tnya pada sesape yg p,nh buka blog aku sblm ni ar....yg x p,nh tu abaikan ar...korg ingt x pd entry yg sblm ni aku de bgthu nk cerita tentang pahala kita sbg ibu n surirumah ni....aku lupa ar nak upload kt pc aku....sbb aku bz ckit lately....tpi aku de perkara yg aku nk share ngan korg....pasal 'HAFAZAN AYAT-AYAT AL-QURAN' tuk anak2 kita dri dlm perut lagi...korg renungkan hadis ni

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim)
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Selasa, 22 November 2011

SAPE NAK PAHALA?(angkat tangan)

salam....korang nak tahu tak....jaga anak ni dapat pahala tau....nak-nak yang masil kecil...ye ar kita kan nak kena jaga malam,menyusukan dia....jaga dia,buat keje rumah lagi...hmmm letih kan..tpi klu ikhlas...dapat pahala tau...sape tak nak pahala...sok saya update jenis-jenis pahala untuk kita sebagai surirumah tangga ni...hehehh ari ni tak boleh...keje banyak giler..cuci mata ngan gambar baby ni ek...





ASSALAMUALAIKUM..........
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Jumaat, 18 November 2011

penjagaan genital bayi

ari ni aku nak berkongsi dengan korang pasal penjagaan penjagaan genital bayi lelaki dan perempuan.....ini penting tau tuk mengelakkan sebarang masalah kmudian hari...baca...jangan tak baca pulak...aku ambik ni dari baby center

Menjaga genital bayi anda
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Genital bayi anda adalah sangat lembut, jadi mencuci bahagian ini memerlukan penjagaan khas. Anda boleh mencuci penis atau vagina bayi dengan air biasa untuk dua minggu pertama.

Selepas itu, anda boleh menambahkan sedikit pembersih pH neutral yang lembut kepada air basuh atau mencuci kawasan genital dengan sabun pelembap yang lembut.

Jika, pada bila-bila masa, kulit bayi anda kering, anda boleh menambahkan larutan emolien mandi di dalam air apabila memandikannya. Tetapi, menambahkan emolien kepada air akan membuatkan bayi anda licin dan susah untuk dipegang.

Bagaimanakah harus saya menjaga penis bayi lelaki saya?
Semasa pertukaran lampin dan masa mandi, cuci atau sapu tempat di keliling penis dan skrotum bayi anda untuk membuangkan sebarang kekotoran yang ada. Selepas pertukaran lampin, gunakan kain basah atau kapas.

Semasa dia seorang bayi, penisnya akan membersih sendiri secara semulajadi. Jangan cuba menarik balik kulup penis untuk mencucinya sebab anda tidak akan dapat menariknya kembali ke tempat asal.

Kulup penis bayi anda terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun . Anda tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu dan anda mungkin mencederakannya jika anda cuba.

Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.

Jika bayi anda sudah di sunat, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi biasa. Selepas mandi anda boleh menyapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindunginya daripada bergeser dengan lampinnya.

Adalah baik supaya dibenarkan udara mengedar di keliling penis bayi anda semasa ianya memulih. Jadi, jika boleh, aturkan masa-masa apabila bayi tidak memakai lampin.

Penis bayi anda yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk memulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.

Ini semua adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat infeksi ia mungkin menjadi merah yang tidak mereda atau berdarah, dan hujung penis itu adalah bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila dia kencing. Jika anda perhatikan salah satu daripada tanda-tanda ini, panggillah doktor anda dengan segera.

Bagaimanakah saya menjaga tempat di keliling vagina bayi perempuan saya?
Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk menyapu tempat itu dari depan ke belakang. Sapulah dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).

Jika lampin bayi anda tersangat kotor dan najis telah memasuki bibir vagina (labia) bayi, buatlah yang berikut:

Menggunakan jari-jari yang bersih, bukakan bibir vagina bayi.
Menggunakan lapisan kapas basah, sapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
Kemudian, ambil dua lagi lapisan kapas basah, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.

Menyapu dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan infeksi. Apabila memandikan bayi anda, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di keliling tempat itu, dan sapu dari depan ke belakang.

Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat bahawa vagina bayi anda itu bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Ini perkara biasa dan berlaku sebab dia terdedah kepada hormon anda semasa dia masih dalam uterus (rahim) anda.

Tetapi, jika bayi anda masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan posnatum bayi kelak.


comel x?


so,cmana?dah baca lum...aku pun ngah wat menda yang sama pada naqib....selalu aku bersihkan genital dia
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Khamis, 17 November 2011

demam..

salam...aku demam lagi...batuk n kdg2 rasa mcm nk muntah.....aku dh mkn ubt...takut plak klu menjangkit ngan naqib...cian plak kt dia....so secara x langsung blog pn aku 'pulau' jap....heheh ari ni aku nk kongsi pasal satu cite.....Hari tu muhammad naqib dia punya pooo keras...cian dia bila dia berkerut2 meneran poo tu...so aku cairkan sedikit bubur dia...lpas tu alhamdulillah la dia dh ok...cuma aku skang ni jaga pemakanan dia....x nak dah bg mkn yg bukan2.....tapi bila blik kmpg mak2 sedara dh melayan...hmmmm habis semua diorg sumbat kt naqib...klu mcm tu...lambt plak ar aku nk blik kmpg....tggu naqib besar ckit lg...hahahahahah   (bleh ke wt gitu T__T...ok bye
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Isnin, 14 November 2011

panduan bayi boleh menerima makanan pejal

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
  1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
  2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
  3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
  4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan
Kebolehan memakan
Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan, bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah:
  1. Menunjukkan minat untuk makan sendiri
  2. Kebolehan untuk mengunyah makanan
  3. Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan
  4. Makan dengan  bebas dengan sedikit bantuan oleh ibubapa
Persediaan fizikal untuk makanan pejal
Proses pembesaran anggota fizikal badan bayi anda berkembang dengan pesat  apabila bayi mencecah usia 4-6 bulan. Ini menunjukkan tubuh badan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal, di mana proses ini termasuklah:
  1. Sistem penghadaman – enzim penghadaman membantu menghadam makanan pejal
  2. Sistem immunisasi – sistem pertahanan badan mula berkembang
  3. Mulut dan lidah – bayi anda sudah mula boleh memasukkan makanan di dalam mulut dan menelan dengan selamat.
  4. Kepala dan leher – bayi anda sudah mula mengimbangi kepala mereka (tegak) untuk proses menelan.
  5. Buah pinggang – buah pinggang bayi anda sudah mampu menampung  peningkatan cecair yang dihasilkan oleh pengambilan makanan tersebut.

Bermanfaat tak? cer komen.=)

baby walker.....betul ke?

Salam,para ibu2 baby korg guna walker x?
naqib baru 7 bulan...aku dh gnakan walker....sku wt smua ni bsersebb n aku akan hentikan penggunaan tu bila dia dh mula laju gnakn walker tu....eh aku lum cite pasal sbb apa ek....hmmm pasal dia dh mula meniarap n mula merayap2 dgn lajunya....klu aku g dapur...dia pn g dapur...toleh belakang dh "ADA"...pintu bilik air aku kunci...sbb dia mcm suka meninajau ke situ....nak buang air kot....Aku sdar bahayanya guna walker ni...klu aku ni surirumah sepenuh masa...x pyh beli smua tu ek...huhuhuh...T_T...harap2 naqib x de apa2 lah...amin
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Rabu, 2 November 2011

safety first

salam,sebagai ibu bapa kita wajib jga keselamatn anak2 kita kan....sblm ni aku abaikan keselamatan anak aku ...aku x belikn dia car seat...aku just biarkn dia duk atas seat sblh aku bila aku drive nk hntr dia umh pengasuh....lately bila umur dia hmpir 6 bln lbh...dia dh mula meniarap,berpusing2,n cuba utuk ke depan (bergerak dr tempat duduk dia ar)n setiap pagi  mlt aku mengomel mrhkn dia....but 1 hari tu...aku bg 1 benda tuk dia main sambil aku lalalalla drive keta....tiba2 benda tu jatuh bwh seat aku...my baby cba nk ambik semula brg tu n dia jatuh kt bhgn handbreak....nasib la umh pengasuh tu dkt je ngan umh...1 taman je...aku trus berhnti kt tepi jln n angkt dia...sambil aku beristigfar...pas tu dia trus stay kt seat dia tnpa cuba kekiri dan kekanan.....(serik la tu)....bila husband aku blik kje..mlm tu jga kitorg cri car seat tu Muhammad Naqib....so dri pe yg aku cite ni...korg dh wt kesimpuln x?.....renung2kan dn selamt beramal.....wasssalm

 x kan yg ni kot car seat......hmmmmm





yg ni bru betul...hehehehehe
 eh...ada kaitan ke?



ok..bye







Bermanfaat tak? cer komen.=)

Isnin, 31 Oktober 2011

Gambar

Salam,2 minggu berhempas pulas menyiapkan tender.....hehehhe walupn aku hnya terlibat sebnyak 45%.....tpi aku ttp sibuk mcm org terlibt 100%...hahahahah (riaknye aku)..so teruskn pad tajuk entry kali ni....GAMBAR...hmm korang mesti bosan tengok akunye blog kan sbb x de gambr kecuali gmbr yg aku copy dr kdai google.....sbnrnya aku bkn x nk letak gmbr cuma encik suami x bg...so korang x dpt ar tengok rupa anak aku   Muhammad Naqib....tpi korang bleh bayangkan gmbar baby dlm blog aku ni sama mcm anak aku....hehehehe(bajet comel sngt anak ko jah)hahahah x kisah ar janji hati aku berkata2 rupa baby tu ada iras2 cikit anak aku....terpulang pd korang nk percya ke x.....hehehehe...tu je kot hrap pas ni de la pengikut blog yg x femes ni...
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Selasa, 25 Oktober 2011

cepatnya masa berlalu.........

.....hmmm ari deepavali pn aku kna kje gak......wua...wua..wua...(sedih giler)..DIAM!....
ok,
skang 
aku nak citer pasal gula hati aku...muhammad naqib 6 bln lbh.....hehehe lucu bila aku teringt pasal karenah lately...dia dh pandai meniarap n skang dh mula berguling2 n berpusing2 tuk tengok segala panaroma sekeliling dia....ish..ish...anak umi,anak umi...mcm x sbar nk pelajari sesuatu....mult pla dh bising2....sebut pe pn aku x thu..aku just dengar n cba beri respon ar...spaya dia akan cpat bercakap.....msti best kan bila dia mula sbt nama aku n encik suami....hehehehe...

K,LA BYE







Bermanfaat tak? cer komen.=)

Ahad, 23 Oktober 2011

YA ALLAH AMPUNILAH DOSAKU....

salam...korg pernah terpikir cara korang nk mati...adakah mudah or susah... aku mmg terpikir...tiap2 hari kau pikir....aku takut...seyes aku takut..tambh2 lagi aku jd lbh takut klu aku mati...anak aku cmana..sape nk jga dia...pastu diorg jga sma x mcm aku jaga....tpi aku yakin,klu dia dh ambik kita,yg msaih hidup pasti dia dh rancangkn sekali...ALLAH ITU MAHA BESAR LAGI MAHA MENGASIHANI......MARILAH SAMA-SAMA BERTAUBAT.........end




Bermanfaat tak? cer komen.=)

Khamis, 20 Oktober 2011

weh,banyknye keje.....

salam,hari khamis yang best....apasal pulak!bkn sama ke mcm hari smlm?hehehhehe...saje je kata gitu....nak sedapkan hati bila berjauhan ngan anak....isnin hingga sabtu...selalu hntr anak umah pengasuh,cian dia...sabar la syg,umi cri duit tuk NAQIB gak...abi pn mcm tu.nawaitu kitorg nk bg kehidupn yg sempurna tuk dia....bukn senang nk jaga amanah ALLAH pd kita kan...kita bukan setakat nk bg makn,tpi kita kena didik dia supaya dia menjadi hamba ALLAH yg soleh,....hmmm aku dh wt gitu ke....adalah sikit2..korg cmana???
renung2kan
dan
SELAMAT 
BERAMAL......tetibe je

 comel kan...ibarat kain putih


 bababacak!
alalalala





Bermanfaat tak? cer komen.=)

Khamis, 13 Oktober 2011

RISAU

ari ni bleh ler aku update blog....ari jumaat rehat lma..hahaha..aku duk kt ofis je la.keta my hubby pkai.keta lg 1 duk t,sadai kt umah...ok,berbalik pd tajuk kt atas.....RISAU.
...sbnrnya lately aku risau ngan keselamtn anak aku...ye ar..dia bru 6 bln,so aku kna bri p,hatian lbh pd dia..salah sikit je bleh wat ksihtn/kslmtn dia terancam...mcm ptg smlm...dia jtuh dri seat blkg(dlm keta)...bergolek ke bwh alhamdulllah x de pe2...ni gara2 abi dia teruja memandng sepupu dia smpi lupa anak sndri...cian MUHAMMAD NAQIB.maafkan umi n abi ek syg....pg td plak klu sepupu dia x angkat NAQIB,mgkin kepala anak aku berdrah kna besi yg jtuh dr tangga....YA ALLAH JAUHILAH AKU DAN SUAMIKU DR SIFAT LALAI DAN LEKA.Jauhilah anak aku dari sebarang mara bahaya....lindungilah dia Ya Allah ya tuhanku.amin


Bermanfaat tak? cer komen.=)

Rabu, 12 Oktober 2011

petua utk hindarkan demam panas effect kt otak

hmmmm pnjgnye tjuk aku...tpi x pe just nk bg korg phm......msa anak aku demam pnas ari tu...de ofis mate aku dr indonesia suggest (klu x btul ejaan sory ar) bg minum kopi sikit2....jgn la bnyk sngt....phm2 la kan...BABY...kafein tu tuk wt dia protect otak dr suhu yg pnas tu...korg pn thu kan klu dmam panas yg melampau bleh effect kt otak n jd mcm2.....aku try kt HUBBY ku...n alhamdulillah msa dia demam pnas smpi suhu 40 lbh drjh celcius....dia ok je.klu korg berani try la....ni just petua dr org tua2....ok bye2
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Jumaat, 30 September 2011

Musim demam

salam .....lmanye aku x buka blog aku....hmmm bnyk kje ckit...n bru2 ni aku ambk mc coz naqib demam.......cian dia....first time dlm hdup aku anak aku kna dmm panas yg truk...jap sjuk...jap pnas...jap sjuk plak...tp smpi bab dia sjuk giler smpi m,gigil tu yg aku sdh sngt+takut.....smpi aku x tdo mlm tngk dia...aku refer kt dktor,dktr kta demm dia truk gak ni n suh aku pantau suhu...bab suhu ok....tpi klu bab nk suh anak aku mkn ubat...tu yg susah ckit...hmmmm apalagi KENA PAKSA GAK AR...(umi wt ni tuk bg naqib shat)

pastu

my hubby plak demam.....hmmm mc lg ar aku...klu demam ckit2 x pe..ni siap pnas smpi 40drjah celcius...mau x aku ambik mc...dia ni pn mcm anak dia gak..anak dia sush mkn ubt,dia plak x mau ambik berat kchatn diri...so sbg isteri mithali(uweeeeek)aku pn jga dia n pantau suhu bdn dia...ada la aku wt petua org tua2 ckit...kt cni aku bg petua utk rawat demm pnas sblm refer kt dktor(gna bila kecemasn ar)

bila korg rsa suhu bdan org yg demam tu pnas makin melebihi paras yg normal....so jgn panik..cba AMBIK AIR ASAM JAWA SEBESAR IBU JARI PASTU MASUKKN AIR N ASAM JAWA DLM BEKAS @BESEN KECIL.......RAMAS ASAM JAWA TU....PASTU KAN KORG BASAHKN KEPALA dia sikit2.pastikn air asam jawa tu smpi ke kulit kpala....ulangi langkah2 ni...insya allah ok..dh ok ckit g la jmpa dktor...petua ni bg aku bleh tahan sekjap je sementra nk dpt ubat yg dktr bg...yelah mna la thu kot kt klinik tu rmai org..(paham kan...)



Bermanfaat tak? cer komen.=)

Selasa, 20 September 2011

PETUA HILANGKAN DEMAM KUNING

Bahan-bahannye....sbar2
5/6 helai daun setawar(yg besar2 tau)
unggun api...(gna api dapur gas sudah)
1/3 cawan air zam-zam
pastu tu je la....
 cara-caranya......
-ambil daun setawar td n layurkn kt api (jgn smpi kecut sngt)
- pastu sejukkn dulu biar dia jd suam-suam yg bleh baby kita tahan ar.....(jgn letak dlm freezer tau)
- dh sejuk skit letak kt dahi baby tu....tujuannya utuk dia serap segala panas n kuning pada baby tu la.amalkan setiap hari smpi demam dia ok....lpa nk bgthu,dh tampal daun tu kt dahi....bagi baby tu minum air zam-zam ckit sambil selawat....jgn hbiskn plak 1/3 cwn tu sekaligus.Pastu korg jgn letak dia kt tmpt gelap yg x kna chaya matahari...letak kt tmpt mudah chaya kuar masuk....pham kan....


Itulah yg aku wat pda anak aku.......alhamdulillah dgn izin Allah sok pg msa nurse dtg....dia kta kunng dia dh kurg....lpas dia blik aku tmpal lg daun tu.....smpi demam dia dibwh pras bhya....cubalah....ok lah aku nk wt kje yg berlambak2 ni...chiauww















Bermanfaat tak? cer komen.=)

naqib cyg umi

assalamualaikum....jwb la(selagi x jwb jgn bca ek..) ok,smlm aku jnji nk cite psal naqib lpas lahir kan....
 Muhammad naqib bin maswan,

dah

bertambah

bilangan

umat
Nabi Muhammad S.A.W

masuk je wad,aku rsa happy sngt n b,syukur sbb ada baby kt sblh...happy dia lain mcm ckt.....happy+tanggungjwb+rsa diperlukn......snang ckp..."happy " tuhan je yg tahu...heheheh klu nk thu gak....khwin+mengandung+bersalin ar bru thu!(whatever...)ok,aku truskn...masuk hri ke2 aku kt spital....naqib dh mula nmpk kuning....nurse praktikal tu pn kta bdn naqib kuning....sok pgnye..dlm kul 10...nurse kta dktr nk pnjm baby skjap....kul 12tnghri x hntr pn baby aku kt katil....hmmm kta skjap je...kul 2ptg...aku mula cri baby aku....rupa2nya baby aku diorg letak kt bwah lampu(ubt sakt kuning)hmpir menangis aku tngok...dia dlm keadaan meniarp n matanya dittp...huhuhuhuh...cedihnyeee.aku mntk kbnrn nurse utk menyusukn dia....lpas aku susukn dia....dia trus nagis x nk duk bwh lampu tu....lg la aku sdh..aku t,pksa gak ltk dia kt bwh lampu n trus blik ke katil....nangis weh aku....cmana la rsa org yg buang baby tu kan....dia x sdh ke...hati dia x rsa pe2 ke......ya allah,aku berdoa smoga tuhan lembtkan hati dia skang....supya dia menyesl sblm t,lmbt.
Bila demam kuning naqib dh kebah...aku dibenarkn kuar spital...yey..yey..yey...aku berpntng kt kmpg.....nurse kt area tu dtg jengu n dia ckp demam kuning naqib mcm naik blik....sok pg klu x kurg dia nk hntr anak aku msuk spital.....tidakkkkkkkkk.Alhamdulillah ada sorg makcik tu bgthu petua utuk hilangkn demam kuning.....hahahahha ni yg aku nk bgthu korg smua......tpi kt next entry ek....




Bermanfaat tak? cer komen.=)

naqib uccuuk...

hai smua......(mcm ada p,bca je belog ko ni) hahahahah x kish la....aku syiok sndili ka...apa ka...aku x kisah nye punnnn...(johan rja lwak).Belog aku ni aku create khas wt anak aku (muhammad naqib b. maswan)ala cyg anak umi n abi....

first dia lahir........
(10/4/2011)pukul 2:40pg......lega sngt aku rsa n alhamdulillah aku selamt melahirkn anak secra normal.....tpi bila tba2 dktor dtg bgthu yg baby aku kna tahan selama 48jam....hmmmm aku risau sngt,ye ar...dia ditahan sbb aku tba2 demam semasa kontraksi....dktor tkt my baby ada jangkitan.Urinya pun diambil sedikit utk dibuat kajian.....harp2 x mmberi kesan pada naqib.Aku demam sbb sejuk giler ko dlm labour room,aku dh pesan pda nurse yg duty tu jgn offkn lampu....tpi dia offkn gak....ktanya tkt aku x bleh tido...korg msti pelik kan dh duk kt labour room tpi bleh plak tdo2....Aku bleh tdo la sbb aku dh dibri epidural...so sakit tu x terasa sngt pn.selagi jln x buka...selagi tu ar aku tdo....dh buka 10cm bru aku rsa sakit yg amt sngt.....pastu naqib pn dpt tengk dunia....aku x thu la smada korg p,cya ke x.....baby aku snyum kt aku n pndg aku x b,kelip lpas aku ucpkn 'terima kasih syg' dlm gerak mlut je.....itulh kuasa Allah yg maha besar,maha pengasih dan maha pengampun...

next entry aku cite psal naqib selepas shja aku kuar dri labour room ek....heheheheh tunggggguuuuuuu







Bermanfaat tak? cer komen.=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...