Selasa, 29 November 2011



SIAPA KATA JADI PEREMPUAN TU SENANG?????????????

Sayangnya Allah Pada Perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Isnin, 28 November 2011



Salam maal hijrah tuk semua muslimin n muslimat....cantik x blog baru aku...hehehehe adik aku yg wat...aku tnya pada sesape yg p,nh buka blog aku sblm ni ar....yg x p,nh tu abaikan ar...korg ingt x pd entry yg sblm ni aku de bgthu nk cerita tentang pahala kita sbg ibu n surirumah ni....aku lupa ar nak upload kt pc aku....sbb aku bz ckit lately....tpi aku de perkara yg aku nk share ngan korg....pasal 'HAFAZAN AYAT-AYAT AL-QURAN' tuk anak2 kita dri dlm perut lagi...korg renungkan hadis ni

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim)
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Selasa, 22 November 2011

SAPE NAK PAHALA?(angkat tangan)

salam....korang nak tahu tak....jaga anak ni dapat pahala tau....nak-nak yang masil kecil...ye ar kita kan nak kena jaga malam,menyusukan dia....jaga dia,buat keje rumah lagi...hmmm letih kan..tpi klu ikhlas...dapat pahala tau...sape tak nak pahala...sok saya update jenis-jenis pahala untuk kita sebagai surirumah tangga ni...hehehh ari ni tak boleh...keje banyak giler..cuci mata ngan gambar baby ni ek...





ASSALAMUALAIKUM..........
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Jumaat, 18 November 2011

penjagaan genital bayi

ari ni aku nak berkongsi dengan korang pasal penjagaan penjagaan genital bayi lelaki dan perempuan.....ini penting tau tuk mengelakkan sebarang masalah kmudian hari...baca...jangan tak baca pulak...aku ambik ni dari baby center

Menjaga genital bayi anda
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Genital bayi anda adalah sangat lembut, jadi mencuci bahagian ini memerlukan penjagaan khas. Anda boleh mencuci penis atau vagina bayi dengan air biasa untuk dua minggu pertama.

Selepas itu, anda boleh menambahkan sedikit pembersih pH neutral yang lembut kepada air basuh atau mencuci kawasan genital dengan sabun pelembap yang lembut.

Jika, pada bila-bila masa, kulit bayi anda kering, anda boleh menambahkan larutan emolien mandi di dalam air apabila memandikannya. Tetapi, menambahkan emolien kepada air akan membuatkan bayi anda licin dan susah untuk dipegang.

Bagaimanakah harus saya menjaga penis bayi lelaki saya?
Semasa pertukaran lampin dan masa mandi, cuci atau sapu tempat di keliling penis dan skrotum bayi anda untuk membuangkan sebarang kekotoran yang ada. Selepas pertukaran lampin, gunakan kain basah atau kapas.

Semasa dia seorang bayi, penisnya akan membersih sendiri secara semulajadi. Jangan cuba menarik balik kulup penis untuk mencucinya sebab anda tidak akan dapat menariknya kembali ke tempat asal.

Kulup penis bayi anda terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun . Anda tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu dan anda mungkin mencederakannya jika anda cuba.

Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.

Jika bayi anda sudah di sunat, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi biasa. Selepas mandi anda boleh menyapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindunginya daripada bergeser dengan lampinnya.

Adalah baik supaya dibenarkan udara mengedar di keliling penis bayi anda semasa ianya memulih. Jadi, jika boleh, aturkan masa-masa apabila bayi tidak memakai lampin.

Penis bayi anda yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk memulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.

Ini semua adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat infeksi ia mungkin menjadi merah yang tidak mereda atau berdarah, dan hujung penis itu adalah bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila dia kencing. Jika anda perhatikan salah satu daripada tanda-tanda ini, panggillah doktor anda dengan segera.

Bagaimanakah saya menjaga tempat di keliling vagina bayi perempuan saya?
Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk menyapu tempat itu dari depan ke belakang. Sapulah dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).

Jika lampin bayi anda tersangat kotor dan najis telah memasuki bibir vagina (labia) bayi, buatlah yang berikut:

Menggunakan jari-jari yang bersih, bukakan bibir vagina bayi.
Menggunakan lapisan kapas basah, sapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
Kemudian, ambil dua lagi lapisan kapas basah, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.

Menyapu dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan infeksi. Apabila memandikan bayi anda, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di keliling tempat itu, dan sapu dari depan ke belakang.

Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat bahawa vagina bayi anda itu bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Ini perkara biasa dan berlaku sebab dia terdedah kepada hormon anda semasa dia masih dalam uterus (rahim) anda.

Tetapi, jika bayi anda masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan posnatum bayi kelak.


comel x?


so,cmana?dah baca lum...aku pun ngah wat menda yang sama pada naqib....selalu aku bersihkan genital dia
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Khamis, 17 November 2011

demam..

salam...aku demam lagi...batuk n kdg2 rasa mcm nk muntah.....aku dh mkn ubt...takut plak klu menjangkit ngan naqib...cian plak kt dia....so secara x langsung blog pn aku 'pulau' jap....heheh ari ni aku nk kongsi pasal satu cite.....Hari tu muhammad naqib dia punya pooo keras...cian dia bila dia berkerut2 meneran poo tu...so aku cairkan sedikit bubur dia...lpas tu alhamdulillah la dia dh ok...cuma aku skang ni jaga pemakanan dia....x nak dah bg mkn yg bukan2.....tapi bila blik kmpg mak2 sedara dh melayan...hmmmm habis semua diorg sumbat kt naqib...klu mcm tu...lambt plak ar aku nk blik kmpg....tggu naqib besar ckit lg...hahahahahah   (bleh ke wt gitu T__T...ok bye
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Isnin, 14 November 2011

panduan bayi boleh menerima makanan pejal

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
  1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
  2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
  3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
  4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan
Kebolehan memakan
Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan, bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah:
  1. Menunjukkan minat untuk makan sendiri
  2. Kebolehan untuk mengunyah makanan
  3. Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan
  4. Makan dengan  bebas dengan sedikit bantuan oleh ibubapa
Persediaan fizikal untuk makanan pejal
Proses pembesaran anggota fizikal badan bayi anda berkembang dengan pesat  apabila bayi mencecah usia 4-6 bulan. Ini menunjukkan tubuh badan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal, di mana proses ini termasuklah:
  1. Sistem penghadaman – enzim penghadaman membantu menghadam makanan pejal
  2. Sistem immunisasi – sistem pertahanan badan mula berkembang
  3. Mulut dan lidah – bayi anda sudah mula boleh memasukkan makanan di dalam mulut dan menelan dengan selamat.
  4. Kepala dan leher – bayi anda sudah mula mengimbangi kepala mereka (tegak) untuk proses menelan.
  5. Buah pinggang – buah pinggang bayi anda sudah mampu menampung  peningkatan cecair yang dihasilkan oleh pengambilan makanan tersebut.

Bermanfaat tak? cer komen.=)

baby walker.....betul ke?

Salam,para ibu2 baby korg guna walker x?
naqib baru 7 bulan...aku dh gnakan walker....sku wt smua ni bsersebb n aku akan hentikan penggunaan tu bila dia dh mula laju gnakn walker tu....eh aku lum cite pasal sbb apa ek....hmmm pasal dia dh mula meniarap n mula merayap2 dgn lajunya....klu aku g dapur...dia pn g dapur...toleh belakang dh "ADA"...pintu bilik air aku kunci...sbb dia mcm suka meninajau ke situ....nak buang air kot....Aku sdar bahayanya guna walker ni...klu aku ni surirumah sepenuh masa...x pyh beli smua tu ek...huhuhuh...T_T...harap2 naqib x de apa2 lah...amin
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Rabu, 2 November 2011

safety first

salam,sebagai ibu bapa kita wajib jga keselamatn anak2 kita kan....sblm ni aku abaikan keselamatan anak aku ...aku x belikn dia car seat...aku just biarkn dia duk atas seat sblh aku bila aku drive nk hntr dia umh pengasuh....lately bila umur dia hmpir 6 bln lbh...dia dh mula meniarap,berpusing2,n cuba utuk ke depan (bergerak dr tempat duduk dia ar)n setiap pagi  mlt aku mengomel mrhkn dia....but 1 hari tu...aku bg 1 benda tuk dia main sambil aku lalalalla drive keta....tiba2 benda tu jatuh bwh seat aku...my baby cba nk ambik semula brg tu n dia jatuh kt bhgn handbreak....nasib la umh pengasuh tu dkt je ngan umh...1 taman je...aku trus berhnti kt tepi jln n angkt dia...sambil aku beristigfar...pas tu dia trus stay kt seat dia tnpa cuba kekiri dan kekanan.....(serik la tu)....bila husband aku blik kje..mlm tu jga kitorg cri car seat tu Muhammad Naqib....so dri pe yg aku cite ni...korg dh wt kesimpuln x?.....renung2kan dn selamt beramal.....wasssalm

 x kan yg ni kot car seat......hmmmmm





yg ni bru betul...hehehehehe
 eh...ada kaitan ke?



ok..bye







Bermanfaat tak? cer komen.=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...