Isnin, 14 November 2011

panduan bayi boleh menerima makanan pejal

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
  1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
  2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
  3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
  4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan
Kebolehan memakan
Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan, bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah:
  1. Menunjukkan minat untuk makan sendiri
  2. Kebolehan untuk mengunyah makanan
  3. Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan
  4. Makan dengan  bebas dengan sedikit bantuan oleh ibubapa
Persediaan fizikal untuk makanan pejal
Proses pembesaran anggota fizikal badan bayi anda berkembang dengan pesat  apabila bayi mencecah usia 4-6 bulan. Ini menunjukkan tubuh badan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal, di mana proses ini termasuklah:
  1. Sistem penghadaman – enzim penghadaman membantu menghadam makanan pejal
  2. Sistem immunisasi – sistem pertahanan badan mula berkembang
  3. Mulut dan lidah – bayi anda sudah mula boleh memasukkan makanan di dalam mulut dan menelan dengan selamat.
  4. Kepala dan leher – bayi anda sudah mula mengimbangi kepala mereka (tegak) untuk proses menelan.
  5. Buah pinggang – buah pinggang bayi anda sudah mampu menampung  peningkatan cecair yang dihasilkan oleh pengambilan makanan tersebut.

Bermanfaat tak? cer komen.=)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...