Jumaat, 30 Mac 2012

Ya allah kau maha pengasih dan penyayang

salam semua,entry kali ni aku nak tujukan pada bakal ibu n yg dah pun jadi ibu skang....renung2kan... PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥ Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata. * Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.” Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.” * Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana” * Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” * Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.” * Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’ * Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.” Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. * Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?” Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.” Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. By: Islam Iman Ihsan so apa pengajaran yg korang dapat wahai ibu2......

Bermanfaat tak? cer komen.=)

Selasa, 6 Mac 2012

pandainye diaa...........



salam kepada pembaca belog yg x berapa kiut ni....lma x update belog....dah tumbuh sawang dah...puas gak gaduh ngan en.labah-labah tadi...tapi setelah 5 minit perbincangan,en.labah pn berstuju undurkn dri....tpi ngan syarat aku kna update SELALU (korg percaya ke?...opkos la tak.....hahahaha,gurau je)

10/3/2012 ni genap umur Naqib cyg 11 blan....ha lg 1 bln nk 1 thn....dh besar anak aku..gigi lum tumbh lg..jln pn fail lg....tpi dia x ptus asa..selalu cba n terus cba....heheheh GOOD BOY....akak(nurse) aku ckp wktu usia dia cenggini la dia mula ambil perhatian pd semua perckpn kita...apa kita wat n apa yg kita suruh....dia sdg bljar MEMAHAMI...so korg kena tunjuk la perangai n berckp yg elok2 dpn dia....supya anak2 kita akan memulakn perckpn dia ngan ayat2 yg baik2.Nanti x la jd mcm anak kwn aku,bru 3 thn dh pandai ckp mcm ni

aku : atuk mana?
anak kwn aku : dah mampuish (nada pelat)
aku : baby wt pe tu?
anak kwn aku : buat bodo je

Ya allah,bila diselidik rupanya kwn aku gnakn perckpn mcm 'BODOH,MAMPUS,BENGONG N AYAT2 YG X BAIK DPN DIA'...menyesal pn x gna....tpi aku rsa anak dia masih bleh dibentuk lg sbb dia masih rebung...(ambik pepatah 'kalau melentur buluh biar dr rebungnya)hrap2 anak aku x mcm tu.....

itu je entry kali ni....ok bye



Bermanfaat tak? cer komen.=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...