Khamis, 22 Disember 2011

Seramnyeee.....



Salam semua....aku mintak maaf sbb dah lama tak update blog....baru2 ni aku cuti...balik terengganu(kampung encik suami).....maklumlah musim cuti sekolah ni kan musim orang kahwin....so bz la sikit...

Entry kali ni aku nak share pasal GANGGUAN JIN & SYAITAN pada baby...tips ni aku dapat dari rakan bloger aku...so selamat mencuba




Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan :



Adakah matanya melilau melihat sekeliling
Menangis yang tiada air mata,
Menangis seolah seperti di cubit,
Menangis dalam keadaan takut,
Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
Tidur di selang seli dengan tangisan
Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari



Jika kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis bermakna PASTI ada gangguan.



Jika kita bertanya orang yang 'berpengalaman dulu-dulu' mereka akan menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baik-baik. Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita.





Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?

Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.







ada sape2 pernah alami? cer cite.....
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...