Rabu, 18 April 2012

KULAT...OH TIDAKKKKKKKKKKKK
heheheh salam semua...hari ni masuk 2 hari anak aku kena kulat..lidah x de tpi dlm mulut ar area lelangit n tepi pipi...nasib la dia bukan kuat merengek...aku bawa g klinik je...n doktor bg ubt titik kt mulut n ubt tahan sakit...sampi demam2 dia....CIAN ANAK UMI..pg td pun pnas bdn..lpas mkn ubt...terus berpeluh...skang kt umh pengasuh...mintak2 x ada apa2...hmmm nak ambik cuti..cuti dh hbis...x sbarnya aku nk tggu smpi hjg buln ni...AKU BERHENTI KEJE...YESSSS....semuanya untuk MUHAMMAD NAQIB..doakn ek aku dpt didik dia jd anak yg soleh. so hari ni aku nak kongsi ngan korang pasal artikel kulat ni... Apakah puncanya? Yang menyebabkan seriawan ialah kulat Candida albicans. Setiap orang mempunyai kulat ini dalam badan – ia adalah sebahagian normal sistem pencernaan dan selalunya terkawal oleh bakteria. Walau bagaimanapun, kadang-kala kulat ini berjaya membiak dan merebak, dan ini boleh menyebabkan jangkitan. Menyusu boleh menyediakan suatu persekitaran yang sempurna untuk seriawan – ia membiak dalam persekitaran yang panas, lembap dan bergula, iaitu keadaan yang terdapat di mulut bayi anda semasa menyusu. Memakan makanan bergula, mengambil antibiotik, tidak berehat secukupnya, tekanan, alergi dan kecederaan pada puting akibat posisi kurang betul adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan jangkitan. Apa yang perlu saya lakukan? Seriawan ialah satu keadaan yang tidak sesuai untuk dirawat dengan sendiri. Jika anda merasakan anda mempunyai seriawan, hubungilah doktor keluarga anda untuk diagnosis dan rawatan. Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antikulat. Seriawan boleh dialami untuk beberapa minggu sebelum sembuh dan anda bersama bayi anda perlu dirawat serentak. Buat masa ini: • Basuh semua alat-alat mainan, puting dan semua bahagian pam buah dada dalam air mendidih selepas setiap kali digunakan untuk mengelakkan jangkitan semula pada diri anda dan bayi anda. • Atas sebab yang sama, basuh tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas penyusuan. • Anda mungkin mahu menambahkan laktobasilus asidofilus (terdapat dalam bentuk pil atau yogurt asidofilus) dalam diet anda untuk mengisi semula sistem pencernaan anda dengan bakteria berguna yang mengawal seriawan. • Pastikan puting anda dalam keadaan yang kering sebab seriawan membiak dalam keadaan lembap. • Gunakan hanya air kosong untuk membasuh puting anda. Untuk melegakan sakit pada buah dada, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol sehingga kesakitan itu hilang dan rawatan anda mula berfungsi. Sentiasa dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan ubat-ubatan. Adakah ia akan menjejaskan bayi saya? Jika anda mempunyai jangkitan kulat atau Candida pada puting anda, ada kemungkinan besar bayi anda juga akan dijangkiti walaupun anda tidak nampak sebarang tompok putih. Bayi anda juga memerlukan rawatan seperti anda – pada masa yang sama juga; jika tidak, jangkitan akan berpindah-pindah. Seorang bayi yang mempunyai seriawan akan meragam semasa penyusuan atau tidak mahu menyusu sebab kesakitan mulut. Namun, ada juga bayi yang tidak menghiraukannya. Adakah saya masih boleh menyusukan? Ya. Seriawan tidak harus menjejaskan keupayaan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh terus menyusukan sepanjang rawatan anda.
Bermanfaat tak? cer komen.=)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...